Friday, September 14, 2012

Pizza Hutttttt...~~

Aikkk.. semalam cakap nk letak entry arini pasai Chocolate Indulgence.. tup tup kluaq pizza lak.. pa crita neh? hehe. Chocolate Indulgence otw laa.. lex lu..

Arini tetiba teringin nak makan pizza plak.. nk suh delivery x berbaloi rasanya sbb yang ada kat umah.. aku, Ammar ngan Ayra ja.. yang bleh mkn pizza.. aku ngan Ammar ja.. xkan nk order medium pizza ja kan?? Betoi dak? So, aku decide wat sendiri ja la.. Resepi?? Call mama la.. hehe. Resipi ni asalnya mak teh aku yang punya.. dia blajaq kat mana tah.. So, dapat kat aku.. modified sket la.. :p

Tp kan.. dia punya doh tu aku beli siap2 la sebab segan nk buat doh sendiri.. takat sekeping pizza ja pon.. Lgpon, umah dekat ja ngan kedai bahan-bahan kek and doh yang depa juai lak satu plastik ada 2 keping RM 3.90 ja.. Tp, sos dia aku wat sendiri la.. Let's check it out!!


Bahan-bahan untuk sos:
  • Ayam / Daging - dipotong dadu atau dicincang
  • 1 biji bawang besar – dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 cawan air
  • 2 sb cili serbuk
  • 1 sb rempah kari daging
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb cuka
  • 1 sk Italian herbs
  • 1 sk oregano
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus. Gaulkan seketika.
  3. Masukkan air + cili serbuk + rempah kari daging dan gaul sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam / daging.
  5. Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram + lada hitam + cuka + herbs + oregano +  garam dan gula. Gaul lagi sehingga pecah minyak. Siappppp!!!


Sos yang aku buat ni.. aku letak ayam ngan daging. Ayam aku potong dadu camtu.. daging lak aku cincang halus. Then, masak skali dalam periuk. Bila sos dah siap.. jom kita sediakan bahan-bahan untuk inti dia lak..


Bahan-bahan Inti
  • Cheese – diparut
  • Bawang besar – dipotong gelang
  • Capsicum
  • Tomato
  • Cendawan
  • Nenas
  • Sedikit herbs, oregano dan serbuk lada hitam


Inti dah ready?? Jom kita selesaikan pizza kita.. hehe.. cara-caranya.....

  1. Panaskan oven pada suhu 190C selama 10 minit.
  2. Sapukan butter pada doh yang telah dileperkan. Doh aku beli memang dah siap dibulatkan.. hehe. Just sapu butter ja la..
  3. Tuang sos ke atas doh dan ratakan.
  4. Taburkan semua bahan-bahan inti di atas sos kecuali Cheese dan bawang.
  5. Setelah semua bahan-bahan inti diratakan, taburkan bawang. Kalo nak susun cantik-cantik pon bole jugak. hehe.
  6. Lastly, taburkan cheese sehingga memenuhi segenap ruang. Cheese yang aku beli dah siap cincang.. tu yang senang crita tu.. :p
  7. Then, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 20-25 minit.




Tadaaaaaaaaaaaaaaa!!! nice x? First time buat ni.. tp, agak kecoh la sebab x buat doh sendiri.. nnti kalo dah buat, aku post len k.. Untuk tidak menghampakan, ni aku sertakan juga resepi untuk doh..



Bahan-bahan Doh:
  • 200g tepung gandum
  • 20g yis segera
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula
  • 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli 


Cara-cara:
  1. Campur tepung gandum + yis +garam + gula dan air suam dalam mangkuk besar. Gaul rata. 
  2. Masukkan minyak dan uli hingga jadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.  Dalam 10 - 15 minit gak la masa menguli tu.. huhu
  3. Simpan doh dalam bekas yang telah digris sedikit minyak pada suhu bilik. Tutup bekas dgn plastik cling dan biarkan selama lebih kurang 1 jam supaya doh naik sekali ganda. 
  4. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi. 
  5. Canaikan doh bulat leper setebal 2cm dan letakkan di atas dulang yang telah digriskan.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian, boleh la start buat pizza...

 

No comments:

Post a Comment