Sunday, September 16, 2012

Kek Karamel Pelangi

Laaa.. x kluaq lagi ka posting pasai Chocolate Indulgence? Alkisahnya.. aku dh start buat mousse coklat putih dia ari kamis.. so, semalam dh start nak buat la keknya.. Tp, besa la.. dah kata surirumah.. anak plak ada dua orang.. nak kena kemas umah la.. mandikan anak laa.. masak.. suap mkn.. tdokan diorg laa.. bla bla bla bla bla.. Kena tunggu free-time la baru bole buat. So, dalam pukul 3:00 p.m camtu baru nak tergedik2 buat mousse coklat hitam. Bila dh ready mousse coklat hitam, nk buat la pulak cakenya.. skali serbuk koko abes daa.. nak kuar kedai pi beli  cam x bberbaloi plak nk bawak 2 beradik tu.. Then, call la incik suami mintak dia tlg belikan masa otw balik keja nnti. Call punya call x thru lakk.. adeshh.. cemana ni? antaq msg ja la.. Dalam kul 6:00 p.m camtu.. sampai la incik suami tu.. tanya dia.. "baca x msg org?". Selamba dia jwb..xda apa pon.. Pehtu apa lagi? Merap la dia suh pi belikan jap.. dekat ja pon...

Tp, nak dijadikan cerita.. lampu living hall plak terpadam. Apa kena mengena ngan aku kan? Org buat kek kat dapur.. yg rosak lampu ruang depan. Yer la.. dalam umah tu ada 4 org penghuni ja. Yg dewasa pon kami dua ja.. kalo laki aku panjat tangga nak perbaik lampu tu sapa nak pegang tangga? Aku laa jawabnya.. huhu.

Dipendekkan cerita.. semua keja2 berkaitan penghasilan kek Chocolate Indulgence settle dalam kul 9:00 p.m camtu. Lepas tu simpan dalam freezer. Then, lepak2 depan tv la sementara nak tunggu kek tu keras. Pastu, incik suami lak ajak pi umah my mom. Dekat2 situ jaa.. Aku cakap kek still dalam freezer. Pastu incik suami cam still nak ajak gi sana.. Nak dekat kul 10:00 p.m aku pi tgk kat freezer kek cam dh ok.. igt nak buh topping laa.. Aku kluarkan dari freezer, letak atas meja.. then, bukak ring dia. Skali kek aku reban!!!! Tergamam aku depan kek tu... nak menjerit pon ada.. incik suami yg tlg angkat kek tu buh blk dlm freezer. Kalo ikotkan aku, masuk dlm tong sampah dah.

Terus cancel pi umah mak aku.. tadak mood dah.. tp, still nak mkn kek. Kul 11:00 p.m aku start buat kek ni... sib baik jadi. kalo x, banjir gak umah aku ngan air mata..






Cantik menarik tertarik kau memang debommm... jadi weyh.. Hat ni pon first time aku buat. Gambaq ni aku amik keesokkan paginya. Mesti hampa heran pasaipa aku nak wat jugak kek malam tu kan? Cam xleh wat ari len.. Idak lew.. sebenarnya aku dah janji ngan pak aku nak wat kek kat dia. Tu pon sebab dia kata dah lama aku xwat kek. So, dah esoknya nak blk umah mertua, kalo wat byk bleh la bedak2 (bahagi). kan? kan? Lepas amik gambaq ni, kami terus bertolak antaq kek kat umah parents aku, then blk umah mertua aku plak... Resepinya adalah seperti berikut......sila ikut step by step yer..


Langkah Pertama: Sediakan gula hangus

Bahan-bahan:
  • 4 sb gula

Cara-cara:
  1. Tabur gula dalam loyang 8 inch. dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang, ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan.Tutup api dan biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah. (biarkan ja..) Ketepikan.


Langkah kedua: Sediakan Karamel

Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair 
  • 140 g gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 6 biji kuning telur

Cara-cara:
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen. (tidak perlu kacau terlalu kuat yer.. xmo ada buih2..)
  3. Kemudian. satukan kedua2 bahan dan kacau rata. ( juga tidak perlu kacau terlalu kuat.. say no tu buih2)
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
P/s: Adunan ni tak perlu di bakar dulu sebab kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti.



Langkah  ketiga: Adunan Kek Part 1

Bahan-bahan:
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum *
  • 1 sudu teh baking powder * diayak bersama

Cara-cara:
  • Pukul telur kuning + minyak + air sampai gebu dan bertukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  • Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.


Langkah keempat: Adunan Meringue

Bahan-bahan:
  • 6 biji putih telur (makesure xda setitis pon telur kuning)
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara:
  1. Sangat penting untuk memastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih.
  3. Masukkan gula dan krim of tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh)
  4. Masukkan separuh bahan merinque kedalam Adunan Kek Part 1 tadi dan gaul rata secara kaup balik.
  5. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. (kacau pelan-pelan sudah...)
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan warnakan mengikut kesukaan hampa..


Langkah terakhir: Kek Karamel Pelangi
  1. Tuang adunan tepung ke dalam loyang berisi karamel td secara berselang seli. Kepada yang belum pernah membuat kek pelangi, cara-caranya adalah seperti berikut.. Katakan hampa bahagi kek ni kepada warna PURPLE, PINK dan BIRU.
  2. Mula-mula, tuang 3 sb adunan PURPLE atas karamel tu. (Jangan risau, dia xkan tenggelam dalam tu. trust me ok!) Then, tuang 3 sb adunan PINK di tengah2 adunan PURPLE. (Tuang ja.. xyah dok kacau ka apa.. satgi dia membentuk sendiri) Then, tuang lak 3 sb adunan BIRU di tengah2 adunan PINK. Repeat cara-cara tersebut sehingga adunan setiap bekas tinggal kurang separuh. Kemudian, ulang langkah2 td dengan cara yang sama dengan 2 sb setiap kali tuang.
  3. Akhir sekali lorekkan adunan dengan lidi.
  4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas bawah selama 10 minit pada suhu 170C.Selepas 10 minit, Masukkan loyang yang lebih besar dari loyang yang berisi adunan kek td ke dalam rak paling bawah dalam oven dan loyang adunan kek dimasukkan ke dalam loyang besar tersebut. Kaedah ni kita panggil waterbath.
  5. Kemudian, tuang air panas di dalam loyang yang besar tersebut.
  6. Tukar suhu oven kepada 160C dan bakar dengan api bawah selama 1 jam. (Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 30 minit pertama)
  7. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  8. Kemudian, keluarkan kek dan terbalikkan kek atas pinggan. (biarkan kek turun sendiri) Lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah
  9. Biarkan ia sejuk sebelum potong. Lagi sedap kalo disejukkan dalam peti sejuk dulu sebelum makan.

Pemahaman untuk menghasilkan Kek Pelangi:
3 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
3 sudu besar pink diletakkan atas adunan purple
3 sudu besar biru di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi


2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
2 sudu besar pink diletakkan atas adunan purple
2 sudu besar biru di letak atas adunan hijau
ulang sehingga habis


p/s: mintak ampun.. mintak maaf banyak2 sebab gambar step by step tidak disediakan sebab first time aku wat kek ni. Kalo wat lagi skali aku buh gambaq details setiap step.



No comments:

Post a Comment