Monday, September 24, 2012

Creamy Seafood Cabonara

Seminggu gak la aku menyepi.. menyepi bukan bermakna tak masak naa.. sibuk sket.. mana dok sakit gigi. Dah pi cabut gigi, sakit gusi pulak. Lagi, atuk belah suami meninggal lak khamis lepas (20/9/2012). Arini lak kena selsema.. berjangkit kat dua beradik neh.. Memula si Ammar yang mula batuk2 berkahak 2 hari lepas. Dah jadi camtu, aku bagi makan ubat terus laa. Tp, esoknya, dia campur skali ngan selsema plak.

Bangun pagi tadi, tengok si Ayra lak mula batuk2 berkahak. Nak dekat tengah hari, aku plak mula bersin2 + hidung berair. Arghh sudah.. aku pon kena skali! Dah kena selsema ni mula la xda mood. Gatai merenyam idung tu xyah cakap laa. Kalo ada skru, dah lama dah aku bukak idung ni rendam dalam dynamo.

So, tengah hari td x lunch pon. Cuma makan biskut raya aritu ja.. Mai malam lapaq tergedik2 la jadinya. Tetiba lak tekak aku rasa cam nak makan ala-ala western malam ni.. Dah siap cabonara ni, saja la gatai pi upload dalam fb.. dah kawan2 lak mintak resepi. so, mau x mau kena post la satu entry spesel untuk resepi cabonara neh.. Sorry naa, lambat sket sebab td pi klinik dulu amik ubat kami bertiga. Dah.. dah.. jom study resipi!!




Bahan-bahan:
  • Fettucine
  • 1 sb butter
  • 1 biji bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih * di kisar halus
  • 1/2 tin Prego Cabonara (tin kaler biru)
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk italian herbs
  • 1 cawan susu segar
  • 2 keping cheese (aku pakai kraft)
  • Udang
  • Cendawan
  • Garam
  • Capsicum 
  • Bawang besar - dimayang

Cara-cara masak Fettucine:
  1. Rendam fettucine di dalam periuk yang dipenuhi air seketika. 
  2. Masukkan 1 sb garam dan rebus fettucine sehingga kembang.
  3. Toskan.

Cara-cara masak Sos Cabonara:
  1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan Prego Cabonara, cendawan, serbuk lada hitam dan herbs dan gaul sebati sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu segar dan cheese. Gaul sehingga cheese sebati.
  5. Masukkan udang dan garam.
  6. Bila udang dah masak, masukkan capsicum dan bawang besar. Ratakan dan boleh la tutup api.

Dah siap semua, boleh la campur fettucine dengan sos cabonara. Then, tunggu apa lagi? ngap ja la.. hehehehe. Actually, resipi sos kat atas tu untuk 2 org makan ja. So, kalo nak buat untuk ramai, doublekan ja la resepi kat atas tu.



No comments:

Post a Comment